Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Peruntukan Am
269. Pemakaian peruntukan tertentu Akta ini bagi entiti Labuan
Feedback & supportBagi maksud seksyen ini, “Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan
Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga
Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 [Akta 545].
Tanpa memudaratkan keluasan Penggal 2 Bahagian XIV, peruntukan dalam Penggal itu hendaklah terpakai bagi mana-mana orang yang di bawah penyeliaan atau pengawasan Lembaga
Perkhidmatan Kewangan Labuan dan Bank boleh menjalankan apa-apa kuasa dan melaksanakan apa-apa fungsi di bawah Akta ini untuk memastikan pematuhan Penggal 2 Bahagian XIV oleh orang itu.
Bagi maksud Bank menjalankan pengawasan atas kumpulan kewangan, suatu sebutan kepada—
“subsidiari” dalam seksyen 115 dan 116; dan
“perbadanan yang berkaitan” dalam Bahagian X dan XI, hendaklah disifatkan untuk termasuk seseorang yang di bawah
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
270 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
penyeliaan atau pengawasan Lembaga Perkhidmatan Kewangan
Labuan jika orang itu dalam kumpulan kewangan itu.
Seksyen 178 dan 185 Akta Perkhidmatan Kewangan dan
Sekuriti Labuan 2010 dan seksyen 139 dan 146 Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705] tidak menyekat
Bank dalam menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi di bawah seksyen 115 atau 116, atau Bahagian X atau XI, dan Bank boleh menjalankan apa-apa kuasa dan melaksanakan apa-apa fungsi di bawah Akta ini untuk memastikan pematuhan seksyen 115 atau 116, atau Bahagian X atau XI.
Seksyen 185 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti
Labuan 2010 tidak menyekat pemakaian Akta ini bagi mana-mana orang di bawah penyeliaan atau pengawasan Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan yang, di bawah Akta ini—
mengendalikan sistem pembayaran, ialah seorang peserta, atau mengeluarkan suatu instrumen pembayaran; atau
ialah peserta pasaran.