Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English

Bahagian XVI · Peruntukan Am

262. Peluang untuk membuat representasi

Feedback & support
(1)

Jika—

(a)

Menteri, atas syor Bank, bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana orang di bawah subseksyen 13(1), 20(1) atau (2), atau 30(3) atau seksyen 193; atau

(b)

Bank bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana orang di bawah subseksyen 13(1), 20(1), (2) atau

(3)

, seksyen 21, subseksyen 30(3), seksyen 34 atau 39, subseksyen 94(2), 116(2) atau (3), 120(1), 140(5) atau 156(1), seksyen 162, subseksyen 167(1) atau 172(1) atau terhadap mana-mana orang yang mungkir yang disebut dalam subseksyen 234(1),

Bank hendaklah menyampaikan kepada orang itu suatu notis bertulis mengenai tindakan yang dicadangkan itu.

Perkhidmatan Kewangan 265

(2)

Notis bertulis di bawah subseksyen

(1)

hendaklah menyatakan—

(a)

tindakan yang Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, bercadang untuk mengambil dan alasan bagi tindakan itu;

(b)

tempoh yang orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh membuat suatu representasi bertulis kepada Menteri atau

Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(c)

dalam hal apa-apa tindakan yang dicadangkan di bawah subseksyen 94(2), 140(5) atau 234(3), ketidakpatuhan atau kemungkiran yang dilakukan oleh orang itu; dan

(d)

jika Bank bercadang untuk mengenakan suatu penalti monetari di bawah perenggan 234(3)(b), hak orang yang mungkir itu untuk membayar, dalam suatu tempoh yang ditentukan dalam notis, penalti monetari yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diberikan suatu peluang yang munasabah untuk membuat suatu representasi bertulis kepada Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan mengemukakan representasi itu kepada Bank dalam empat belas hari dari tarikh notis oleh Bank.

(4)

Selepas habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis oleh Bank dan mempertimbangkan apa-apa representasi bertulis di bawah subseksyen (3), Menteri, atas syor Bank, atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memutuskan sama ada untuk—

(a)

meneruskan tindakan yang dicadangkan atau pengubahan tindakan itu; atau

(b)

tidak mengambil tindakan selanjutnya.

266 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

(5)

Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberikan orang yang disebut dalam subseksyen (1) suatu notis bertulis mengenai keputusan di bawah subseksyen (4) dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan dalam notis itu.

(6)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri atau Bank boleh, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengambil tindakan yang dicadangkan terlebih dahulu dan peluang untuk membuat representasi hendaklah diberikan serta-merta selepas tindakan telah diambil sekiranya apa-apa kelengahan dalam mengambil tindakan yang dicadangkan akan memudaratkan kepentingan mana-mana orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, pendeposit, pemunya polisi, peserta, pemiutang, sistem kewangan atau orang awam secara amnya.

(7)

Menteri atau Bank boleh, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengesahkan, meminda atau membatalkan pelaksanaan tindakan yang diambil di bawah subseksyen (6) berbangkit daripada representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu.

(8)

Subseksyen (6) tidak terpakai bagi apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen 234.

(9)

Seksyen ini tidak terpakai bagi—

(a)

suatu tindakan yang dicadangkan di bawah subseksyen 13(1)

melainkan jika tindakan yang dicadangkan itu mungkin akan memudaratkan kepentingan orang yang disebut dalam subseksyen (1); dan

(b)

suatu pembatalan suatu lesen di bawah perenggan 20(1) (e),

(f)

, atau (g).

Report

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules