Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Peruntukan Am
264. Kuasa Menteri untuk meminda Jadual
Feedback & supportMenteri boleh, atas syor Bank, dari semasa ke semasa, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda mana-mana peruntukan dalam Jadual 1, 2, 4, 5, 6, 7, 9, 11, 12 dan 13 Akta ini dan apabila disiarkan sedemikian, peruntukan itu sebagaimana yang dipinda hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya dan hendaklah disifatkan menjadi suatu bahagian penting Akta ini dari tarikh penyiaran itu atau dari tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu.