Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English

Bahagian XVI · Peruntukan Am

268. Pemakaian *Akta Syarikat 1965

Feedback & support
(1)

Jika orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau orang yang ditetapkan sebagai suatu institusi kewangan yang ditetapkan di bawah seksyen 212 adalah suatu perbadanan yang semua atau mana-mana peruntukan *Akta Syarikat 1965 terpakai, peruntukan itu hendaklah sebagai tambahan kepada peruntukan Akta ini dan bukannya sebagai

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.

Perkhidmatan Kewangan 269

mengurangkannya, tetapi jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan *Akta Syarikat 1965 dan Akta ini dalam pemakaiannya masing-masing bagi orang atau pengendali itu, peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.

(2)

Jika apa-apa kesulitan atau keraguan berbangkit dalam pemakaian subseksyen

(1)

berhubung dengan mana-mana orang yang diberi kuasa, orang berdaftar atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang tertentu, atau apa-apa perkara atau hal keadaan tertentu, atau pada amnya, Menteri boleh apabila kesulitan atau keraguan itu dirujukkan kepadanya oleh Bank, menyelesaikannya melalui suatu arahan secara bertulis.

Report

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules