Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

200. Bantuan likuiditi atau kewangan untuk institusi

Walau apa pun seksyen 76 Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan tertakluk pada subseksyen 172(1)—

(a)

Bank boleh menyediakan bantuan likuiditi atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang disifatkan layak oleh

Bank, kepada institusi yang pada pendapat Bank hampir atau berkemungkinan untuk menggantung pembayaran pada apa-apa takat; atau

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Perkhidmatan Kewangan Islam 199

(b)

jika apa-apa hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 177 wujud berkenaan dengan institusi, Bank boleh, dengan kelulusan terdahulu Menteri, menyediakan bantuan kewangan kepada institusi yang lain atau mana-mana orang lain untuk membeli apa-apa syer, atau keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan, aset atau liabiliti, institusi yang pertama kali disebut.

Subpenggal 8–Moratorium

Report

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules