Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika Bank, bagi kepentingan pendeposit, pemegang akaun pelaburan atau peserta takaful institusi atau peserta, telah mengeluarkan suatu arahan melarang institusi daripada menjalankan semua atau sebahagian daripada perniagaannya di bawah Akta ini,
Bank boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah
Tinggi boleh, atas permohonan Bank, membuat suatu perintah penggantungan bagi suatu tempoh yang tidak lebih dari enam bulan, bermula atau bersambung daripada apa-apa prosiding secara sivil oleh atau terhadap institusi berkenaan dengan mana-mana perniagaannya dan Mahkamah Tinggi boleh, apabila mendengar suatu permohonan ex parte yang difailkan oleh Bank, membuat perintah itu.
Jika suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah memberitahu hakikat itu dalam Warta.
200 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
Penggulungan
Subpenggal 1–Peruntukan am mengenai penggulungan
Bahagian XV
Bahagian XVI
Bahagian XVII
Bahagian XVIII