Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada permohonan bagi penggulungan institusi atau orang yang diluluskan boleh dikemukakan ke Mahkamah Tinggi oleh mana-mana orang tanpa kelulusan bertulis terdahulu Bank.
Tertakluk pada subseksyen (1), jika suatu permohonan bagi penggulungan institusi atau orang yang diluluskan telah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi oleh orang selain Bank—
orang itu hendaklah menyampaikan satu salinan permohonan kepada Bank pada masa yang sama ia dikemukakan; dan
Bank hendaklah menjadi pihak kepada prosiding penggulungan dan berhak untuk hadir dan didengar dalam segala prosiding yang berhubungan dengan permohonan itu dan memanggil, memeriksa dan memeriksa balas mana-mana saksi.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau perenggan (2)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.
202 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
Bahagian XV
Bahagian XVI
Bahagian XVII
Bahagian XVIII