Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

194. Institusi perantaraan tidak bertanggungan atas obligasi terdahulu berkenaan dengan pegawai

Jika institusi perantaraan menjadi majikan mana-mana individu yang adalah seorang pegawai atau seorang bekas pegawai orang berlesen, institusi perantaraan itu tidak—

(a)

bertanggungan bagi apa-apa obligasi orang berlesen atau pendulunya berkenaan dengan individu itu yang wujud sebelum institusi perantaraan itu menjadi majikan individu itu atau berkenaan dengan apa-apa rancangan pencen atau rancangan manfaat lain selepas pekerjaan bagi individu itu atau penakatnya, atau berkenaan dengan apa-apa perjanjian kolektif dengan suatu kesatuan sekerja atau suatu majlis kesatuan sekerja; atau

(b)

bertanggungan bagi apa-apa upah atau gaji yang dikira dengan merujuk kepada suatu tempoh masa sebelum institusi perantaraan itu menjadi majikan individu berkenaan.

Report

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules