Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
216. Penerusan perniagaan takaful keluarga
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun perenggan 236(1)(a) *Akta Syarikat 1965, pelikuidasi pengendali takaful berlesen itu yang menjalankan perniagaan takaful keluarga—
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan Islam 205
boleh menjalankan perniagaan takaful keluarga pengendali takaful berlesen itu dengan tujuan untuk perniagaan itu dipindahkan sebagai perniagaan yang sudah berjalan kepada pengendali takaful berlesen lain tetapi tidak boleh mengeluarkan sijil takaful baharu; dan
tertakluk pada subseksyen (2), boleh memindahkan aset dan liabiliti pengendali takaful berlesen kepada pengendali takaful berlesen lain, termasuk liabiliti di bawah sijil takaful keluarga yang berpunca daripada pengendali takaful berlesen yang pertama kali disebut dan kumpulan wang takaful yang diuruskannya dan Penggal 4 Bahagian VII hendaklah terpakai bagi pemindahan itu.
Pelikuidasi boleh, bagi maksud suatu pemindahan di bawah perenggan (1)(b), memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah untuk mengurangkan—
amaun liabiliti di bawah sijil takaful keluarga pengendali takaful berlesen itu; atau
amaun liabiliti lain kumpulan wang takaful, dan Mahkamah Tinggi boleh mengurangkan liabiliti itu setakat yang perlu dengan mempertimbangkan nilai aset sedia ada dalam kumpulan wang takaful dan kumpulan wang pemegang syer tertakluk pada apa-apa syarat yang pada pendapatnya patut.
Subpenggal 3 –Keutamaan pembayaran dalam penggulungan
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII