Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun apa-apa dokumen konstituen institusi, Bank boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah—
jika modal berbayar institusi itu telah hilang atau tidak diwakili oleh aset yang sedia ada, untuk membatalkan
198 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
modal berbayar institusi itu yang telah hilang atau tidak diwakili oleh aset sedia ada; atau
jika suatu panggilan telah dibuat oleh institusi itu ke atas anggotanya untuk membayar bahagian syer masing-masing yang belum berbayar, jika ada, dan bayaran belum dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dalam panggilan itu, untuk menggabungkan bahagian syer yang telah berbayar sebagai berbayar sepenuhnya dan untuk membatalkan apa-apa syer yang masih tidak berbayar.
Jika Bank memohon untuk membatalkan modal syer di bawah subseksyen (1), institusi itu tidak dikehendaki untuk memberi notis atau mendapatkan kelulusan daripada anggota atau pemiutangnya dalam suatu mesyuarat agung atau selainnya.
Tertakluk pada subseksyen (1) dan (2), peruntukan seksyen 64
*Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai.
Subpenggal 7–Bantuan kewangan
Bahagian XV
Bahagian XVI
Bahagian XVII
Bahagian XVIII