Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

208. Pelantikan dan saraan pelikuidasi

(1)

Mahkamah Tinggi, jika suatu perintah penggulungan dibuat berkenaan dengan institusi menurut seksyen 205, hendaklah melantik sebagai pelikuidasi mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam permohonannya dan hendaklah menentukan bahawa saraan pelikuidasi itu hendaklah diputuskan oleh Bank.

(2)

Atas suatu permohonan oleh Bank, Mahkamah Tinggi hendaklah melantik sebagai pelikuidasi mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam permohonannya—

(a)

untuk mengisi suatu kekosongan; atau

(b)

untuk memecat dan menggantikan pelikuidasi yang dilantik di bawah subseksyen (1).

Report

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules