Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

213. Penamatan sijil takaful

(1)

Sijil takaful pengendali takaful berlesen hendaklah terhenti daripada berkuat kuasa mulai dari tarikh perintah penggulungan telah dibuat berkenaan dengan pengendali takaful berlesen itu.

(2)

Jika sijil takaful terhenti daripada berkuat kuasa di bawah subseksyen (1), peserta takaful itu hanya layak untuk menuntut sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya—

(a)

dalam hal suatu sijil takaful am, pemulangan sebahagian daripada sumbangan takaful yang sepadan dengan baki tempoh sijil takaful;

(b)

dalam hal sijil takaful keluarga, nilai sijil takaful keluarga itu;

(c)

nilai pelaburan atau simpanan yang dipegang berasingan berkenaan dengan sijil takaful itu; atau

(d)

apa-apa pemulangan atau amaun lain,

204 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

yang hendaklah dipastikan atas apa-apa dasar sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.

(3)

Pelikuidasi hendaklah memberitahu setiap peserta takaful dan, dalam hal suatu sijil takaful berkumpulan, peserta takaful berkumpulan, tentang pemberhentian sijil takaful itu melalui pos berdaftar ke alamat kediaman atau pejabatnya yang terakhir diketahui dan melalui iklan dalam mana-mana surat khabar sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

Report

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules