Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian X
69. Sekatan ke atas penggunaan simbol atau lambang Perbadanan
Feedback & supportPerbadanan hendaklah mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan apa-apa simbol atau lambang yang dipilih atau dicipta oleh Perbadanan dan selepas itu untuk mempamerkan atau menunjukkan simbol atau lambang itu berkaitan dengan aktiviti atau hal ehwalnya.
Simbol atau lambang yang dipilih atau dicipta oleh
Perbadanan hendaklah disiarkan dalam Warta.
Mana-mana orang yang menggunakan suatu simbol atau lambang Perbadanan atau apa-apa yang menyerupainya, atau mencipta apa-apa simbol atau lambang yang merujuk kepada
Perbadanan sehingga memperdayakan atau menyebabkan
Perumahan Rakyat 1Malaysia 69
kekeliruan, atau berkemungkinan memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.