Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian X

75. Obligasi kerahsiaan

Feedback & support
(1)

Kecuali bagi apa-apa maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Perbadanan—

(a)

tiada anggota Perbadanan, Majlis, Tribunal Rayuan atau Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, atau sesuatu jawatankuasa atau mana-mana pekerja atau ejen Perbadanan atau pegawai Tribunal Rayuan atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Perbadanan, Majlis, persidangan Tribunal

Rayuan, mana-mana mesyuarat

Jawatankuasa

Kelulusan dan

Pelaksanaan, atau mana-mana jawatankuasa, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya dalam perjalanan tugasnya dan yang tidak disiarkan menurut mana-mana undang-undang bertulis; dan

(b)

tiada seorang lain pun yang, melalui apa-apa cara, mempunyai capaian kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal

Perbadanan boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Report