Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian X
79. Penalti bagi peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah
Feedback & support(1)
Peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah seksyen 77
boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(2)
Kaedah-kaedah yang ditetapkan di bawah seksyen 78 boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar kaedah-kaedah itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan bagi penalti denda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.