Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian X
70. Kesalahan bagi pengubahsuaian tanpa kuasa maklumat dalam jagaan Perbadanan
Feedback & supportSeseorang yang melakukan apa-apa perbuatan yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa apa-apa data, maklumat atau statistik, sama ada dalam bentuk elektronik atau selainnya, dalam milikan, jagaan atau kawalan Perbadanan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit.
Seseorang yang, dengan niat untuk mengakibatkan kecederaan seperti yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574], melakukan apa-apa perbuatan yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa apa-apa data, maklumat atau statistik, sama ada dalam bentuk elektronik atau selainnya, dalam milikan, jagaan atau kawalan Perbadanan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini—
adalah tidak material bahawa perbuatan yang berkenaan itu tidak ditujukan kepada—
apa-apa data, maklumat atau statistik yang tertentu;
apa-apa jenis data, maklumat atau statistik; atau
apa-apa data, maklumat atau statistik yang disimpan di mana-mana lokasi yang tertentu;
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 739
adalah tidak material sama ada sesuatu pengubahsuaian tanpa kuasa adalah, atau diniatkan menjadi, kekal atau hanya sementara; dan
sesuatu pengubahsuaian apa-apa data, maklumat atau statistik berlaku jika—
data, maklumat atau statistik itu diubah atau dipadamkan;
apa-apa data, maklumat atau statistik baru dimasukkan atau ditambahkan kepada data, maklumat atau statistik itu; atau
apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkan keupayaan Perbadanan untuk mendapatkan capaian kepada data, maklumat atau statistik itu, dan termasuklah apa-apa perbuatan yang menyumbang kepada berlakunya pengubahsuaian itu.