Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian X
78. Kuasa Perbadanan untuk menetapkan kaedah-kaedah
Feedback & supportPerbadanan boleh menetapkan kaedah-kaedah yang berhubungan dengan perkara yang berikut:
mengawal selia pembangunan PR1MA dan kompleks
PR1MA termasuklah perkara-perkara yang berhubungan dengan pemunya atau penyewa kediaman PR1MA dan orang yang diluluskan oleh Perbadanan di bawah seksyen 34;
perkara yang berhubungan dengan pemberian maklumat kepada Perbadanan dan tahap butir-butir, lat tempoh, cara dan bentuk maklumat itu hendaklah diberikan;
tatacara dan kaedah penguntukan kediaman PR1MA kepada orang yang layak menurut seksyen 33;
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 739
kriteria yang perlu dipenuhi oleh mana-mana orang yang ingin menyertai pembangunan PR1MA;
apa-apa fi yang ditetapkan di bawah Akta ini;
bentuk permohonan, pemberitahuan dan notis yang hendak dibuat di bawah Akta ini; dan
apa-apa perkara yang Akta ini membuat peruntukan nyata untuk ditetapkan oleh Perbadanan.