Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 · Updated to 2 Feb 2022 · Bahagian VI · Pengendalian dan Penstoran Petroleum
20. Section 20
Feedback & supportTertakluk sebagaimana diperuntukkan kemudian dari ini, jika apa-apa petroleum—
disimpan di mana-mana tempat; atau
dihantar atau dibawa di antara mana-mana dua tempat di
Malaysia; atau
dijual atau didedahkan atau ditawarkan untuk jualan, hendaklah dilampirkan pada, atau jika ianya tidak praktik, dipamerkan berhampiran dengan, bekas atau bejana yang mengandungi petroleum itu, suatu label yang menunjukkan apa-apa maklumat atau perihalan sebagaimana ditetapkan oleh peraturan-peraturan termasuklah yang berikut:
mengenai petroleum yang disimpan, nama dan alamat penerima konsain atau pemunya;
mengenai petroleum yang dihantar atau dibawa, nama dan alamat penghantar; dan
mengenai petroleum yang dijual atau didedahkan atau ditawarkan untuk jualan, nama dan alamat penjual.
Mana-mana orang yang menyimpan, menghantar, membawa, menjual atau mendedahkan atau menawarkan untuk jualan apa-apa petroleum dengan melanggar seksyen ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan petroleum yang berkenaan dengannya kesalahan itu dilakukan dan mana-mana vesel yang mengandungi petroleum itu boleh disita dan boleh dilucut hak atau dibuat sesuatu mengenainya mengikut apa-apa cara sebagaimana difikirkan patut oleh mahkamah.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 302