Skip to content

Seksyen 22

Notis kemalangan yang melibatkan petroleum

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 24 of 51
Seksyen 22
(1)

Apabila apa-apa kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa atau bencana diri berlaku disebabkan oleh letupan atau oleh kebakaran dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis berlesen, penghuni premis itu hendaklah, jika letupan atau kebakaran itu melibatkan petroleum, dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemalangan itu, menghantar atau menyebabkan dihantar kepada Menteri notis mengenai kemalangan dan mengenai kehilangan nyawa atau bencana diri itu.

(2)

Jika mana-mana penghuni yang tersebut di atas tidak mematuhi mana-mana peruntukan seksyen ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 25