Seksyen 21
Kuasa Menteri membuat peraturan-peraturan dalam keadaan khas
of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984
Jika Menteri berpuas hati bahawa apa-apa kelas petroleum yang, disebabkan oleh jenisnya atau apa-apa bahan jika dicampurkan dengannya, berkemungkinan menjejaskan keselamatan atau membencanakan kesihatan sama ada secara umum atau mengenai mana-mana kelas orang, dia boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang difikirkannya sebagai semunasabahnya praktik untuk mematuhi keperluan kes itu.
(2)
Jika mana-mana orang melanggar atau cuba melanggar mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan denda tambahan sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari yang kesalahan itu diteruskan dan petroleum yang berkenaan dengannya kesalahan itu dilakukan dan mana-mana vesel yang mengandungi petroleum itu boleh disita dan boleh dilucut hak atau dibuat sesuatu mengenainya mengikut apa-apa cara sebagaimana difikirkan patut oleh mahkamah.