Seksyen 25
Perlindungan kepada orang yang menjalankan siasatan terhadap guaman
of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984
Mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 23 tidak boleh dikenakan sesuatu tindakan atau prosiding lain bagi ganti rugi kerana atau berhubungan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan suci hati dalam pelaksanaan atau berupa sebagai pelaksanaan apa-apa fungsi di bawah
Akta ini.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 302
(2)
Seseorang peguam bela dan peguam cara atau orang lain yang hadir bagi pihak seseorang di pendengaran yang dijalankan di bawah seksyen 23 mempunyai perlindungan dan imuniti yang sama seperti peguam bela dan peguam cara yang hadir bagi suatu pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi.
(3)
Tertakluk pada Akta ini, seseorang yang disaman supaya menghadiri atau hadir di pendengaran itu sebagai saksi mempunyai perlindungan yang sama seperti seorang saksi dalam prosiding di
Mahkamah Tinggi.