Skip to content

Seksyen 24

Menghina orang yang menjalankan siasatan

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 26 of 51
Seksyen 24
(1)

Tiada seorang pun boleh—

(a)

menghina mana-mana orang yang mengadakan sesuatu siasatan di bawah seksyen 23 dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya sebagai orang yang sedemikian di pendengaran yang dijalankan olehnya;

(b)

mengacau ganggu sesuatu pendengaran di hadapan mana-mana orang yang mengadakan siasatan; atau

(c)

melakukan apa-apa perbuatan lain yang, jika orang yang mengadakan siasatan itu adalah suatu mahkamah, menjadikannya menghina mahkamah.

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.