Seksyen 27A
Bekalan Gas 1993
of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984
ActIn forceProvision 30 of 51
Seksyen 27A
(1)
Bahagian ini tidaklah boleh terpakai bagi mana-mana orang yang memegang lesen di bawah Akta Bekalan Gas 1993 untuk pembekalan gas kepada pengguna-pengguna melalui talian paip dari tangki atau silinder penstoran yang digunakan khusus bagi penyeliratan gas ke mana-mana radas di mana-mana premis.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, istilah “gas”, “pengguna” dan “talian paip” hendaklah mempunyai makna yang sama yang diberikan kepadanya masing-masing oleh Akta Bekalan Gas 1993.