Seksyen 11
of Akta Probet dan Pentadbiran 1959
Seksyen 11
Jika seseorang wasi yang sudah menolak probet telah dibenarkan, sama ada sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini, menarik balik penolakan itu dan membuktikan wasiat, probet itu hendaklah berkuatkuasa dan hendaklah sentiasa disifatkan telah berkuatkuasa tanpa menjejaskan tindakan terdahulu dan urusan oleh serta notis kepada mana-mana wakil diri lain yang telah sebelum itu membuktikan wasiat itu atau mengambil surat kuasa pentadbiran, dan memorandum bagi probet yang berikutnya hendaklah diendorskan pada probet atau surat kuasa pentadbiran yang asal.
(2)
Seksyen ini terpakai sama ada pewasiat itu mati sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini.