Seksyen 6
of Akta Probet dan Pentadbiran 1959
ActIn forceProvision 6 of 91
Seksyen 6
(1)
Jika probet diberikan kepada seorang atau dua orang atau lebih yang dinamakan sebagai wasi, sama ada ada atau tidak kuasa dikhaskan bagi orang-orang atau orang lain untuk membuktikan wasiat, semua kuasa yang diberikan oleh undang-undang kepada wakil diri boleh dijalankan oleh wasi atau wasi-wasi pembukti pada masa itu dan kuasa-kuasa itu hendaklah sama berkesan seolah-olah semua orang yang dinamakan sebagai wasi telah bersetuju.
(2)
Seksyen ini terpakai sama ada pewasiat itu mati sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini.