Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 1994Read it in English

Bahagian II · Pemberian Perwakilan

9. Section 9

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang mempunyai atau menuntut apa-apa kepentingan mengenai harta pusaka seseorang orang sudah mati, atau mana-mana pemiutang seseorang orang sudah mati, boleh, tanpa memohon untuk mendapatkan perwakilan, menyebabkan dikeluarkan suatu sitasi yang diarahkan kepada wasi atau wasi-wasi yang dilantik oleh wasiat si mati, atau kepada mana-mana orang yang didapati mempunyai hak keutamaan kepada perwakilan, meminta orang yang dinamakan dalam sitasi itu menerima atau menolak hak itu.

(2)

Mana-mana orang yang dinamakan sedemikan boleh memasukkan kehadiran bagi sitasi itu, tetapi jika dia mungkir dalam memasukkan kehadiran, dia hendaklah disifatkan telah menolak hak itu; dan jika, setelah memasukkan kehadiran dia tidak bertindak memohon untuk mendapatkan perwakilan, maka orang yang membuat sitasi sedemikian boleh memohon untuk mendapatkan perintah supaya orang yang dinamakan itu, melainkan jika dia memohon untuk mendapatkan dan mendapat suatu pemberian dalam masa yang dihadkan oleh perintah itu, hendaklah disifatkan telah menolak haknya kepada perwakilan itu, dan suatu perintah bolehlah dibuat dengan sewajarnya.

(3)

Jika Mahkamah berpuas hati bahawa notis pendengaran mengenai pemberian perwakilan telah disampaikan sendiri kepada mana-mana orang yang berhak atau mungkin menjadi berhak kepada perwakilan itu, dan orang itu tidak memasukkan kehadiran atau tidak memfailkan apa-apa bantahan, maka orang itu hendaklah disifatkan telah menolak hak perwakilannya.

Report

Bahagian III

Kuasa-Kuasa Tambahan Mahkamah

Bahagian IV

Pemeteraian Semula Probet dan Surat Kuasa Pentadbiran yang Diberikan di Luar Malaysia

Bahagian V

Kuasa, Hak, Tugas dan Obligasi Wakil

Bahagian VI

Pentadbiran Aset

Bahagian VII

Kuasa Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar

Bahagian VIII

Perlantikan, Kuasa dan Tugas Pegawai Pentadbir Pusaka

Schedules