Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

127. Section 127

Feedback & support
(1)

Bagi maksud pemeriksaan di bawah seksyen 126, seseorang yang diperiksa, pengarah dan pegawainya hendaklah memberikan mana-mana orang yang menjalankan pemeriksaan itu akses kepada semua buku atau dokumen dan akaunnya yang lain, termasuk dokumen hakmilik bagi asetnya, semua sekuriti yang dipegang olehnya berkenaan dengan transaksi sekuriti, segala wang tunainya, dan semua dokumen, maklumat dan kemudahan itu yang diperlukan oleh orang yang menjalankan pemeriksaan itu, dan hendaklah mengemukakan kepada orang yang menjalankan pemeriksaan itu semua buku atau dokumen, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai lain itu, dan memberikan segala maklumat itu, sebagaimana yang dikehendakinya, tetapi setakat yang selaras dengan penjalanan pemeriksaan itu, buku atau dokumen, akaun, hakmilik, sekuriti dan wang tunai itu tidaklah boleh dikehendaki supaya dikemukakan pada bila-bila masa atau di mana-mana tempat yang boleh mengganggu penjalanan sepatutnya urusan harian biasa orang itu.

84

Undang-Undang Malaysia

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya secara bertulis bagi maksud ini boleh mengambil milik mana-mana buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai yang dia mempunyai akses kepadanya di bawah subseksyen (1) jika pada pendapatnya—

(a)

pemeriksaan, penyalinan, atau pembuatan cabutan dari, buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai itu tidak dapat dilakukan dengan cara yang munasabah tanpa mengambil miliknya;

(b)

buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai itu mungkin diganggu atau dimusnahkan melainkan jika dia mengambil milik buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai itu; atau

(c)

buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai itu mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, yang mungkin dimulakan di bawah atau berkaitan dengan mana-mana undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

(3)

Tiada orang dan tiada pengarah atau pegawai orang itu boleh—

(a)

tidak memberikan akses kepada, memberi milik atau mengemukakan buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunainya; atau

(b)

tidak memberikan maklumat atau kemudahan mengikut subseksyen (1) dan (2).

Report

Bahagian VII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules