Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
130. Tatacara oleh Majistret berkenaan dengan harta yang disita
Feedback & supportJika suatu laporan dikemukakan kepada Majistret oleh seorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya di bawah subseksyen 129(5),
Majistret itu hendaklah membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut berkenaan dengan penyerahan harta itu kepada orang yang berhak kepada pemlikan harta itu atau, jika orang sedemikian tidak dapat dipastikan, berkenaan dengan penjagaan dan pengemukaan harta itu.
Jika orang yang berhak kepada harta itu diketahui, Majistret itu boleh memerintahkan supaya harta itu diserahkan kepada orang itu atas apa-apa syarat, jika ada, yang difikirkan patut oleh Majistret itu, dan hendaklah, jika dia membuat perintah sedemikian, menyebabkan supaya suatu notis disampaikan pada orang itu yang memaklumkan orang itu terma perintah itu dan menghendaki orang itu menerima
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 89
serahan harta itu dalam apa-apa tempoh dari tarikh penyampaian notis itu (yang tidak boleh kurang daripada empat puluh lapan jam)
sebagaimana yang ditetapkan oleh Majistret itu dalam notis sedemikian.
Jika orang yang kepadanya harta telah diperintahkan supaya diserahkan di bawah subseksyen (2) abai atau tidak menerima serahan harta itu dalam tempoh yang ditetapkan, Majistret boleh, jika harta itu mengikut tabiinya lekas rosak atau jika pada pendapatnya nilainya kurang daripada lima puluh ringgit, mengarahkan supaya harta itu dijual dan hasil bersih daripada penjualan itu hendaklah, apabila dituntut, dibayar kepada orang yang berhak kepadanya.
Jika orang yang berhak kepada pemilikan harta itu tidak ada di
Malaysia dan harta itu mengikut tabiinya lekas rosak atau Majistret yang kepadanya penyitaan itu dilaporkan berpendapat bahawa penjualannya adalah berfaedah kepada pemunyanya atau bahawa nilai harta itu kurang daripada lima puluh ringgit, Majistret itu boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan supaya harta itu dijual dan subseksyen 131(4) hendaklah terpakai bagi hasil bersih daripada penjualan itu.
Jika orang yang berhak kepada harta itu tidak diketahui,
Majistret boleh mengarahkan supaya harta itu ditahan dalam jagaan
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya.
Walau apa pun subseksyen (5), jika orang yang berhak kepada harta itu tidak diketahui dan ditunjukkan sehingga Majistret berpuas hati bahawa harta itu tidak mempunyai nilai yang ketara, atau bahawa nilainya sebegitu kecil sehingga, pada pendapat Majistret itu, menjadikan tidak praktik harta itu dijual, sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 131, atau menjadikan penahanannya dalam jagaan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya tidak munasabah memandangkan belanja atau kesulitan yang akan disebabkan olehnya,
Majistret boleh memerintahkan supaya harta itu dimusnahkan atau dilupuskan selainnya, sama ada apabila habis tempoh selepas penyiaran pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen 131(1)
sebagaimana yang ditentukan olehnya atau dengan segera sebagaimana yang difikirkannya patut.
90
Undang-Undang Malaysia