Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

129. Tatacara oleh Pegawai Penyiasat apabila menyita harta

Feedback & support
(1)

Suatu senarai segala benda yang disita semasa suatu pemeriksaan atau penyiasatan yang dibuat di bawah Bahagian ini dan tempat atau bangunan di mana benda itu masing-masingnya ditemui hendaklah disediakan oleh Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang menjalankan pemeriksaan itu dan ditandatangani olehnya.

(2)

Penghuni tempat atau bangunan yang dimasuki di bawah subseksyen 128(1), atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah pada setiap ketika dibenarkan hadir semasa pemeriksaan itu, dan suatu salinan senarai yang disediakan dan ditandatangani di bawah subseksyen (1) hendaklah diserahkan kepada penghuni atau orang itu apabila diminta olehnya.

(3)

Seseorang

Pegawai

Penyiasat

Suruhanjaya hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mana-mana mahkamah, apabila selesai penyiasatan atau apa-apa prosiding yang berbangkit daripadanya, melepaskan apa-apa harta yang disita, ditahan atau dialih

88

Undang-Undang Malaysia olehnya atau mana-mana Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang lain, kepada orang yang ditentukannya sebagai orang yang berhak di sisi undang-undang kepada harta itu, jika dia berpuas hati bahawa harta itu tidak diperlukan bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah mana-mana undang-undang sekuriti, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

(4)

Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh Pegawai Penyiasat

Suruhanjaya yang melepaskan apa-apa harta di bawah subseksyen (3)

berkenaan dengan pelepasan itu dengan menyatakan dalam rekod itu hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu.

(5)

Jika Pegawai Penyiasat Suruhanjaya tidak dapat menentukan orang yang berhak di sisi undang-undang kepada harta itu atau jika ada lebih daripada seorang yang menuntut harta itu, Pegawai Penyiasat

Suruhanjaya itu hendaklah melaporkan perkara itu kepada seorang

Majistret yang hendaklah dengan itu memerintahkan supaya harta itu diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 130.

(6)

Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 130 dan 131, “harta”

termasuklah buku dan dokumen lain.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules