Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
140. Pelindungan pemberi maklumat dan maklumat
Feedback & supportJika apa-apa aduan yang dibuat oleh seseorang pegawai
Suruhanjaya menyatakan bahawa aduan itu dibuat berbangkit daripada maklumat yang diterima oleh pegawai yang membuat aduan itu, maklumat yang disebut dalam aduan itu dan identiti orang yang daripadanya maklumat itu diterima hendaklah menjadi rahsia antara pegawai yang membuat aduan itu dengan orang yang memberikan maklumat itu, dan segala-gala yang terkandung dalam maklumat itu, identiti orang yang memberikan maklumat itu dan segala hal keadaan lain yang berhubungan degan maklumat itu, termasuk tempat maklumat itu diberikan, tidak boleh didedahkan atau diperintahkan supaya didedahkan dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau yang lain di hadapan mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain.
Jika apa-apa buku, kertas atau dokumen lain, atau apa-apa rakaman tampak atau bunyi, atau benda atau bahan lain yang diberikan sebagai keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau yang lain di hadapan mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain mengandungi apa-apa catatan atau benda lain yang menamakan atau memperihalkan atau menunjukkan mana-mana orang yang memberikan maklumat itu, atau yang mungkin membawa kepada penzahiran identitinya, mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa yang di hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan segala bahagian buku, kertas, dokumen, rakaman, benda atau bahan itu atau petikan dalamnya disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan atau selainnya dihapuskan setakat yang perlu untuk melindungi identiti orang itu daripada terzahir.
Mana-mana orang yang memberikan maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) sedangkan dia tahu bahawa maklumat itu adalah palsu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 101
Subseksyen (1) dan (2) tidaklah terpakai bagi apa-apa penyiasatan, atau pendakwaan, mana-mana kesalahan di bawah subseksyen (3).