Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
132. Penyerahan dokumen perjalanan
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang
Pegawai
Penyiasat
Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang, yang menjadi hal perkara sesuatu penyiasatan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah sesuatu undang-undang sekuriti yang disyaki telah dilakukan oleh orang itu, mungkin meninggalkan
Malaysia, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya itu, dengan kelulusan
Suruhanjaya, boleh dengan notis bertulis menghendaki orang itu menyerahkan perakuan pengenalan, pasport atau permit keluarnya, atau apa-apa dokumen perjalanan lain yang dimilikinya.
Suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan mengikut cara yang ditentukan dalam seksyen 134.
Seseorang yang padanya notis di bawah subsekyen (1) telah disampaikan hendaklah mematuhi notis itu dengan segera, dan jika tidak dia boleh ditangkap dan dibawa ke hadapan Majistret.
Jika seseorang dibawa ke hadapan Majistret di bawah subsekyen (3), Majistret itu hendaklah, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1) atau memuaskan hati
Majistret itu bahawa dia tidak memiliki dokumen perjalanan, dengan waran mengkomitkannya ke penjara—
sehingga habis tempoh empat belas hari dari tarikh pengkomitannya; atau
sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1), mengikut yang mana-mana yang berlaku dahulu.
Bagi maksud subseksyen
, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang bermaksud bahawa orang itu sudah mematuhi notis di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi waran yang mencukupi untuk Penguasa Penjara melepaskan orang itu.
92
Undang-Undang Malaysia
Seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Suruhanjaya, melalui notis yang dikeluarkan kepada mana-mana Pegawai Imigresen, meminta supaya mana-mana orang yang merupakan subjek suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah suatu undang-undang sekuriti dihalang daripada meninggalkan Malaysia.
Pegawai imigresen, apabila diberitahu mengenai suatu permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (6), boleh menghendaki orang yang merupakan subjek suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah suatu undang-undang sekuriti supaya menyerahkan kad pengenalan, pasport atau permit keluarnya, atau apa-apa dokumen perjalanan lain dalam pegangannya kepada Pegawai
Imigresen itu.
Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan buang negeri atau imigresen, “pegawai imigresen” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].
Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau diteruskan terhadap Kerajaan, seseorang pegawai imigresen, seseorang pegawai Suruhanjaya, seseorang pegawai awam atau mana-mana orang lain, berkenaan dengan apa-apa yang dilakukan di bawah seksyen ini.