Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
135. Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan rekod
Feedback & supportMana-mana orang yang—
memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah;
menyebabkan orang lain memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah; atau
menghantar atau cuba untuk menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk mengalihkan dari premisnya atau menghantar keluar dari Malaysia,
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 97
apa-apa dokumen, rekod atau akaun dengan niat untuk memfraud mana-mana orang, atau untuk mencegah, melengahkan atau menghalang penjalanan suatu pemeriksaan, pengauditan atau penyiasatan, atau penjalanan mana-mana fungsi atau kuasa di bawah undang-undang sekuriti melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.
AM