Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

131. Tatacara berkenaan dengan harta yang ditahan dalam jagaan Pegawai Penyiasat

Feedback & support
(1)

Jika seseorang Majistret telah mengarahkan di bawah subseksyen 130(5) bahawa apa-apa harta yang disita hendaklah ditahan dalam jagaan seorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya, maka

Pengerusi yang bertindak bagi pihak Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan pemberitahuan awam yang menyatakan barang yang membentuk harta itu dan menghendaki mana-mana orang yang mempunyai apa-apa tuntutan supaya membuat tuntutan dalam masa enam bulan dari tarikh pemberitahuan awam itu.

(2)

Tiap-tiap pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah, jika nilai harta itu lima puluh ringgit atau lebih, disiarkan dalam Warta.

(3)

Jika dalam masa tiga bulan dari penyiaran pemberitahuan di bawah subseksyen (1) tiada seorang pun membuktikan tuntutan terhadap harta itu, dan jika orang yang dalam pemilikannya harta itu telah ditemui tidak dapat menunjukkan bahawa harta itu telah diperolehnya dengan sah, harta itu boleh, selepas habis tempoh tiga bulan itu, dijual atas perintah Pengerusi yang bertindak bagi pihak

Suruhanjaya.

(4)

Jika dalam tempoh enam bulan dari penyiaran pemberitahuan di bawah subseksyen (1) tiada seorang pun membuktikan tuntutan terhadap harta itu, pemunyaan harta itu, atau, jika dijual, hasil bersih daripada penjualan itu, hendaklah apabila habis tempoh enam bulan itu berpindah kepada dan menjadi terletak hak pada Kerajaan

Persekutuan.

(5)

Jika harta yang disebut dalam subseksyen (1) mengikut tabiinya lekas rosak atau Pengerusi yang bertindak bagi pihak

Suruhanjaya berpendapat bahawa nilai harta itu kurang daripada lima puluh ringgit atau jika penjagaannya melibatkan belanja dan kesulitan yang tidak munasabah, harta itu boleh dijual pada bila-bila masa, dan subseksyen (1), (2), (3) dan (4) hendaklah, seberapa yang praktik, terpakai bagi hasil bersih penjualan itu sebagaimana subseksyen itu terpakai bagi harta itu.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 91

Report

Bahagian VII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules