Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
142. Kewajipan Pegawai Penyiasat untuk menyerahkan orang yang ditangkap kepada polis
Feedback & supportJika seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang dilantik di bawah subseksyen 125(1) membuat penangkapan di bawah seksyen 141 dia hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang paling hampir atau, jika tiada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang yang ditangkap itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah bagi penahanan di bawah seksyen 117 Kanun
Tatacara Jenayah seolah-olah dia telah ditangkap oleh pegawai polis.