Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
128. Kuasa Pegawai Penyiasat Suruhanjaya
Feedback & supportSeseorang
Pegawai
Penyiasat
Suruhanjaya yang menjalankan suatu penyiasatan boleh memasuki mana-mana tempat atau bangunan dan boleh—
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 85
memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen;
jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan terhadap suatu undang-undang sekuriti, mencari, menyita, mengambil milik dan menahan apa-apa barang, artikel, bahan, benda, harta, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain, termasuk apa-apa dokumen perjalanan atau dokumen peribadi lain, yang boleh digunakan sebagai keterangan;
memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di, premis itu dan, bagi maksud pemeriksaan itu, menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat yang perlu bagi memudahkan pemeriksaan itu, dan menyita, mengambil milik dan menahan apa-apa barang, artikel, bahan, benda, harta, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain, termasuk apa-apa dokumen perjalanan atau dokumen peribadi lain yang dijumpai pada orang itu.; dan
menahan semua atau mana-mana orang yang ditemui di premis yang digeledah itu di bawah subseksyen ini sehingga premis itu selesai digeledah.
Seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya boleh memeriksa mana-mana orang yang Pegawai Penyiasat itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat pada orang itu apa-apa barang, artikel, bahan, benda, harta, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain, termasuk apa-apa dokumen perjalanan atau dokumen peribadi lain yang perlu, pada pendapatnya, bagi maksud penyiasatan ke atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang sekuriti, dan bagi maksud pemeriksaan tersebut boleh menahan orang itu selama apa-apa tempoh yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan itu, yang tidak boleh dalam apa-apa hal sekalipun melebihi dua puluh empat jam tanpa kebenaran Majistret, dan boleh memindahkan orang itu ke dalam jagaan di mana-mana tempat yang perlu bagi memudahkan pemeriksaan itu.
86
Undang-Undang Malaysia
Seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang melakukan suatu pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (1) atau (2)
boleh menyita, mengambil milik dan menahan apa-apa barang, artikel, bahan, benda, harta, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain, termasuk apa-apa dokumen perjalanan atau dokumen peribadi lain yang dijumpai pada diri orang itu bagi maksud penyiasatan yang sedang dijalankan olehnya.
Tiada seorang pun orang perempuan boleh diperiksa di bawah seksyen ini kecuali oleh seorang perempuan lain.
Seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya boleh, dengan notis bertulis menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa barang, artikel, bahan, benda, harta, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain yang berada dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu.
Seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya boleh menyita, mengambil milik dan menahan bagi apa-apa tempoh yang difikirkan perlu olehnya apa-apa barang, artikel, bahan, benda, harta, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain yang dikemukakan kepadanya yang dikehendaki di bawah subseksyen (5).
Seseorang yang—
enggan membenarkan seseorang Pegawai Penyiasat
Suruhanjaya, semasa menjalankan kuasanya di bawah
Bahagian ini, masuk ke mana-mana premis atau bahagian premis itu, atau enggan membenarkan dirinya diperiksa;
menyerang, menghadang, menghalang atau melengah-lengahkan seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang cuba masuk sedangkan dia berhak untuk masuk;
tidak mematuhi apa-apa tuntutan yang sah daripada seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya dalam melaksanakan tugasnya di bawah Bahagian ini; atau
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 87
menyelamatkan atau berusaha untuk menyelamatkan apa-apa benda yang sewajarnya disita, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dihukum dengan denda yang tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya boleh memberikan kebenaran kepada mana-mana orang untuk memeriksa mana-mana buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain yang disita dan diambil milik oleh Pegawai Penyiasat Suruhanjaya itu di bawah seksyen ini sekiranya orang itu berhak untuk memeriksa buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain itu di bawah undang-undang sekuriti.
Subseksyen (1) tidak boleh ditafsirkan sebagai mengehadkan atau menyentuh apa-apa kuasa yang serupa yang diberikan kepada mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang lain.