Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
134. Kuasa untuk memanggil orang untuk diperiksa
Feedback & supportJika seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang menjalankan penyiasatan di bawah mana-mana undang-undang sekuriti mengesyaki atau mempercayai atas sebab-sebab yang munasabah bahawa mana-mana orang dapat memberikan maklumat yang berkaitan dengan perkara yang sedang disiasat olehnya, Pegawai
Penyiasat Suruhanjaya itu boleh dengan notis bertulis menghendaki orang itu—
memberi Pegawai Penyiasat Suruhanjaya itu segala bantuan yang munasabah berkaitan dengan penyiasatan itu; dan
hadir di hadapan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang tertentu atau Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang tertentu untuk diperiksa secara lisan.
Seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang menjalankan kuasanya di bawah perenggan (1)(b) hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1).
Seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya dan untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan, dan tidaklah boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa soalan itu mungkin menunjukkan bahawa dia bersalah.
94
Undang-Undang Malaysia
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah dituliskan atau direkodkan dan yang kemudiannya dituliskan dan hendaklah ditandatangani sendiri oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu:
Dengan syarat bahawa jika orang yang diperiksa itu enggan menandatangani atau mengecapkan cap jarinya atas pernyataan itu,
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya hendaklah mengendorskan pada pernyataan itu di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.
Dalam suatu pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (1), seorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya atau Pegawai-Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang memeriksa orang itu boleh melakukan mana-mana satu atau kedua-duanya yang berikut:
memberikan arahan tentang siapa yang boleh hadir semasa pemeriksaan itu, atau semasa mana-mana bahagian pemeriksaan itu;
merekodkan pemeriksaan itu atau mana-mana bahagian pemeriksaan itu dengan rakaman audio atau visual atau kombinasi kedua-duanya.
Apa-apa pernyataan yang dibuat dan direkodkan di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mana-mana Mahkamah.
Mana-mana orang yang—
tidak hadir di hadapan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1);
enggan menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat Suruhanjaya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) atau mengabaikan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 95
untuk memberikan apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia mempunyai kuasa untuk memberikan;
dengan disedarinya, memberi
Pegawai
Penyiasat
Suruhanjaya maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material;
menghalang seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya dalam menjalankan penyiasatan di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dihukum dengan denda yang tidak melebihi satu juta atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini dan mana-mana peruntukan lain
Bahagian V, apa-apa notis yang diberikan hendaklah, sekiranya boleh dilaksanakan, disampaikan sendiri kepada orang yang dinyatakan dalam notis tersebut.
Dalam hal suatu perbadanan, notis itu boleh disampaikan kepada setiausaha atau pegawai lain perbadanan itu atau kepada mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal perbadanan itu.
Jika orang yang dinyatakan dalam suatu notis yang diberikan di bawah seksyen ini atau mana-mana peruntukan lain Bahagian V tidak boleh dijumpai selepas menjalankan usaha yang wajar, notis itu boleh disampaikan dengan meninggalkan suatu salinan notis tersebut untuk orang itu dengan ahli keluarganya yang dewasa atau dengan pembantu rumahnya yang tinggal dengannya.
Apabila orang yang dinyatakan dalam mana-mana notis yang diberikan di bawah seksyen ini atau mana-mana peruntukan lain
Bahagian V tidak boleh dijumpai selepas menjalankan usaha yang wajar, dan penyampaian tidak dapat dilakukan sebagaimana yang diarahkan oleh subseksyen (6) atau (8), suatu salinan notis itu hendaklah ditampalkan di suatu bahagian rumah itu yang mudah dilihat atau mana-mana tempat lain yang lazimnya didiami oleh orang
96
Undang-Undang Malaysia yang dinyatakan dalam notis itu, dan dalam hal sedemikian notis hendaklah disifatkan telah disampaikan sewajarnya.
Sekiranya atas penyiasatan yang dibuat di bawah undang-undang sekuriti Pegawai Penyiasat Suruhanjaya mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi atau alasan yang munasabah untuk menaruh syak yang mewajarkan permulaan atau penerusan apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang, Pegawai Penyiasat
Suruhanjaya boleh menghendaki pengadu, sekiranya ada, dan sekian bilangan orang yang didapati oleh Pegawai Penyiasat Suruhanjaya itu mengetahui hal keadaan kes itu sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya, untuk menyempurnakan suatu bon untuk hadir ke Mahkamah yang dinamakan dalamnya dan untuk memberikan keterangan dalam prosiding itu.
Sekiranya mana-mana pengadu atau orang yang disebut dalam subsekyen (10) enggan menyempurnakan suatu bon di bawah subseksyen itu,
Pegawai
Penyiasat
Suruhanjaya hendaklah melaporkan keengganan itu kepada Mahkamah yang boleh kemudiannya mengikut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran atau saman bagi menjamin kehadiran pengadu atau orang itu di hadapannya untuk memberikan keterangan dalam prosiding yang berkaitan.