Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

138. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Feedback & support
(1)

Jika seseorang yang disabitkan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, pertubuhan perbadanan itu hendaklah dihukum hanya dengan denda yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

(2)

Jika sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang semasa berlakunya kesalahan itu ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, pegawai, pekerja, wakil atau setiausaha pertubuhan perbadanan itu atau berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar bagi mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya dalam sifat itu dan segala hal keadaan.

(3)

Jika seseorang yang merupakan pekerja sesuatu pertubuhan perbadanan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan sebagai melanggar peruntukan itu.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “pegawai”, berhubung dengan seseorang pengarah sesuatu perbadanan, termasuklah—

(a)

seseorang yang menjawat atau memangku jawatan pengarah perbadanan itu, dengan apa jua nama digelar, dan sama ada atau tidak dilantik secara sah untuk menjawat atau diberi kuasa sewajarnya untuk memangku jawatan itu;

(b)

seseorang yang mengikut arahan atau petunjuknya pengarah perbadanan itu pada lazimnya bertindak; dan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 99

(c)

sekiranya perbadanan itu diperbadankan di luar

Malaysia—

(i)

seorang anggota lembaga perbadanan itu;

(ii)

seseorang yang menjawat atau memangku jawatan pengarah lembaga perbadanan itu, dengan apa jua nama digelar, dan sama ada atau tidak dilantik secara sah untuk menjawat atau diberi kuasa sewajarnya untuk memangku jawatan itu; dan

(iii)

seseorang yang mengikut arahan atau anggota lembaga perbadanan itu pada lazimnya bertindak.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules