Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

160A. Section 160A

Feedback & support
(1)

Jika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu memutuskan, menurut Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, mengenai langkah yang hendaklah diambil bagi memberi kuat kuasa kepada mana-mana keputusannya dan menghendaki Kerajaan

Malaysia supaya menerima pakai langkah itu, Suruhanjaya boleh, berhubung dengan langkah itu yang dalam fungsi Suruhanjaya, mengeluarkan arahan secara bertulis kepada mana-mana orang yang dilesenkan, didaftarkan, diluluskan, diiktiraf atau diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang sekuriti, bagi membolehkan langkah itu diterima pakai dengan berkesan.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 121

(2)

Suatu arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada arahan untuk membekukan akaun sekuriti, wang dan aset.

(3)

Seseorang yang baginya suatu arahan dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi arahan itu walau apa pun apa-apa kewajipan lain yang dikenakan ke atas orang itu oleh mana-mana kontrak atau undang-undang atau perjanjian antarabangsa.

(4)

Seseorang yang menjalankan apa-apa tindakan sebagai mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), tidak boleh dikira sebagai melanggar mana-mana kontrak atau undang-undang atau perjanjian antarabangsa itu.

(5)

Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar sebagaimana yang ditentukan dalam Ruang Ketiga Bahagian 1 Jadual 4 Akta

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

(6)

Seseorang yang tidak mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules