Skip to content

Seksyen 108D

Butir-butir pemunya benefisial

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 123 of 210
Seksyen 108D
(1)

Butir-butir pemunya benefisial yang dikehendaki di bawah subseksyen 108B(2) atau (3) hendaklah ditentukan oleh

Lembaga dalam suatu garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen 108G.

(2)

Apabila sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing menerima maklumat daripada seseorang mengikut apa-apa kehendak yang dikenakan ke atas mana-mana orang di bawah seksyen 108B, syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu hendaklah berada di bawah suatu obligasi untuk mencatatkan bersetentangan dengan nama anggota itu di bahagian yang berasingan dalam daftar yang disimpan oleh syarikat di bawah seksyen 105—

(a)

fakta bahawa kehendak itu telah dikenakan dan tarikh yang kehendak itu dikenakan; dan

(b)

maklumat yang diterima mengikut kehendak itu.

(3)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat

Labuan, syarikat Labuan asing dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan kesalahan di bawah Akta ini.