Akta Syarikat Labuan 1990 · Updated to 10 Jun 2022 · Bahagian V · Pengurusan dan Pentadbiran
108E. Obligasi syarikat Labuan untuk menyenggara dan menyimpan maklumat yang kemas kini
Feedback & supportSesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah menyenggara dan menyimpan butir-butir pemunya benefisial dalam daftar anggotanya di bawah seksyen 105 yang dikemas kini dari semasa ke semasa.
Sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah, dalam masa tiga puluh hari mengenai apa-apa perubahan kepada butir-butir yang disimpan di bawah subseksyen (1), menyerahkan kepada Lembaga perubahan itu dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Bagi maksud subseksyen (2), perubahan berlaku jika—
128
Undang-Undang Malaysia
seseorang terhenti menjadi pemunya benefisial berhubung dengan syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu;
apa-apa perubahan lain yang mengakibatkan butir-butir yang ditetapkan mengenai pemunya benefisial dalam daftar anggota tidak betul atau tidak lengkap;
terdapat apa-apa perubahan kepada butir-butir pemegang syer yang terkandung dalam daftar; atau
seseorang terhenti daripada menjadi, atau menjadi, pemegang syer syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu.
Seseorang setiausaha pemastautin sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah memastikan syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini atau jika syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan atau tidak tepat kepada Lembaga di bawah seksyen ini, syarikat Labuan, syarikat Labuan asing dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.