Skip to content
In forceUpdated to 23 Jan 2026Read it in English

Bahagian VII · Tribunal bagi Antibuli

26. Anggota, tempoh jawatan dan elaun

Feedback & support
(1)

Tribunal hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang Presiden dan seorang Timbalan Presiden yang hendaklah dilantik dalam kalangan pegawai Perkhidmatan

Kehakiman dan Perundangan;

(b)

tidak kurang daripada lima orang anggota lain yang hendaklah terdiri daripada—

(i)

orang yang merupakan pegawai atau yang pernah memegang jawatan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; atau

(ii)

orang yang diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion

Undang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan

Peguam Bela Sabah [Sabah Bab 2] atau Ordinan

Peguam Bela Sarawak [Sarawak Bab 110], dan yang menjalankan amalan selama tidak kurang daripada tujuh tahun dan mempunyai pengalaman dalam perkara yang berhubungan dengan kanak-kanak; dan

(c)

tidak kurang daripada lima orang anggota lain, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam perkara yang berhubungan dengan kanak-kanak, psikologi dan perkembangan kanak-kanak, atau keadilan pemulihan kanak-kanak.

Antibuli 23

(2)

Jika Presiden atas apa-apa sebab tidak boleh melaksanakan fungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Presiden,

Timbalan Presiden hendaklah melaksanakan fungsi Presiden.

(3)

Presiden, Timbalan Presiden dan anggota Tribunal hendaklah memegang jawatan bagi tempoh selama tiga tahun dan boleh dilantik semula hanya bagi satu tempoh lagi secara berturut-turut.

(4)

Presiden, Timbalan Presiden atau anggota Tribunal boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis tiga bulan kepada Menteri.

(5)

Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan (1)(b) dan (c), dan mengisi apa-apa kekosongan dalam keanggotaannya.

(6)

Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah dibayar apa-apa elaun tetap dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri.

(7)

Anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan (1)(b)

dan (c) hendaklah dibayar suatu elaun bersidang harian semasa persidangan Tribunal dan apa-apa elaun penginapan, perjalanan dan sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Report

Bahagian VIII

Fungsi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia di Bawah Akta Ini

Bahagian IX

Schedules