Skip to content
In forceUpdated to 23 Jan 2026Read it in English

Bahagian VII · Tribunal bagi Antibuli

30. Pengecualian bidang kuasa mahkamah

Feedback & support
(1)

Jika suatu aduan buli dibuat oleh pengadu kepada

Tribunal, isu yang dipertikaikan dalam aduan buli itu, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam aduan yang mula-mula atau yang timbul dalam penjalanan pendengaran, tidak boleh menjadi perkara prosiding antara pihak yang sama dalam mana-mana mahkamah melainkan jika—

(a)

prosiding di hadapan mahkamah telah dimulakan sebelum aduan buli itu dibuat kepada Tribunal;

(b)

aduan buli itu melibatkan apa-apa kelakuan yang menjadi suatu jenayah di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis; atau

(c)

aduan buli di hadapan Tribunal itu ditarik balik atau dibatalkan.

(2)

Jika perenggan (1)(a) terpakai, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan buli yang kepadanya prosiding itu berkaitan, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam tuntutan yang mula-mula atau yang timbul dalam penjalanan pendengaran, tidak boleh menjadi perkara prosiding antara pihak yang sama di hadapan

Tribunal melainkan jika tuntutan buli di hadapan mahkamah itu ditarik balik atau dibatalkan.

Report

Bahagian VIII

Fungsi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia di Bawah Akta Ini

Bahagian IX

Schedules