Akta Antibuli 2026 · Updated to 23 Jan 2026 · Bahagian VII · Tribunal bagi Antibuli
38. Tribunal boleh bertindak semasa pihak tidak hadir
Feedback & support(1)
Tribunal boleh mendengar dan menentukan suatu aduan buli di hadapannya walaupun mana-mana pihak kepada prosiding itu tidak hadir jika dibuktikan sehingga Tribunal berpuas hati bahawa suatu notis pendengaran telah disampaikan kepada pihak yang tidak hadir itu dengan sewajarnya.
(2)
Sebelum membuat apa-apa keputusan di bawah subseksyen (1),
Tribunal hendaklah berpuas hati bahawa—
(a)
pihak yang tidak hadir itu telah mempunyai peluang yang munasabah untuk hadir dan didengar; dan
Undang-Undang Malaysia 32
(b)
prosiding dalam ketidakhadiran pihak itu adalah adil dan wajar, mengambil kira kepentingan mana-mana kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding itu.