Akta Antibuli 2026 · Updated to 23 Jan 2026 · Bahagian VII · Tribunal bagi Antibuli
29. Bidang kuasa Tribunal
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Tribunal hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan apa-apa aduan buli yang dibuat oleh pengadu.
Tribunal hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan aduan buli dalam keadaan yang berikut:
jika aduan buli melibatkan kejadian yang berlaku di bawah pengawalseliaan dan pengawasan institusi pendidikan atau institusi—
pengadu telah membuat aduan buli itu kepada jawatankuasa yang disebut dalam Bahagian III,
IV, V dan VI dan mendakwa bahawa—
tiada tindakan diambil oleh jawatankuasa itu; atau
aduan itu tidak diuruskan dengan sewajarnya oleh jawatankuasa itu; atau
pengadu telah membuat aduan buli itu kepada jawatankuasa yang disebut dalam Bahagian III,
IV, V dan VI dan jawatankuasa itu merujuk aduan itu kepada Tribunal tertakluk kepada pengadu memberikan keizinan termaklum terhadap rujukan itu;
jika aduan buli melibatkan mangsa kanak-kanak yang merupakan pelajar bagi suatu institusi pendidikan tetapi kejadian buli itu berlaku di luar pengawalseliaan atau pengawasan institusi pendidikan itu; atau
jika aduan buli melibatkan mangsa kanak-kanak yang bukan di bawah pengawalseliaan atau pengawasan mana-mana institusi pendidikan dan institusi.
Aduan buli yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah merujuk kepada buli yang berlaku selepas permulaan kuat kuasa
Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 26