Akta Antibuli 2026 · Updated to 23 Jan 2026 · Bahagian VII · Tribunal bagi Antibuli
45. Award Tribunal adalah muktamad
Feedback & support(1)
Suatu award yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah—
(a)
muktamad dan mengikat semua pihak kepada prosiding itu; dan
(b)
disifatkan sebagai suatu perintah mahkamah dan dikuatkuasakan dengan sewajarnya oleh mana-mana pihak kepada prosiding itu.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(b), Setiausaha kepada Tribunal hendaklah menghantar suatu salinan award yang dibuat oleh
Tribunal kepada mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di tempat yang baginya award itu berkaitan atau di tempat yang award itu dibuat dan mahkamah hendaklah menyebabkan salinan award itu direkodkan.