Akta Antibuli 2026 · Updated to 23 Jan 2026 · Bahagian VII · Tribunal bagi Antibuli
42. Award Tribunal
Feedback & support(1)
Tribunal hendaklah membuat awardnya tanpa kelengahan dan, jika dapat dilaksanakan, dalam masa enam puluh hari dari hari pertama pendengaran di hadapan Tribunal bermula.
(2)
Tribunal hendaklah menyatakan secara bertulis sebab bagi award atau penolakan aduan buli itu bersama dengan apa-apa dapatan fakta yang diambil maklum oleh Tribunal atau syor yang telah dibuat oleh Tribunal dalam prosiding itu.
(3)
Prosiding hendaklah diputuskan mengikut keputusan majoriti anggota yang menganggotai Tribunal itu.