Akta Antibuli 2026 · Updated to 23 Jan 2026 · Bahagian VII · Tribunal bagi Antibuli
32. Permulaan prosiding
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana pengadu boleh membuat suatu aduan buli dengan Tribunal dalam borang yang ditetapkan.
Dalam hal mangsa terlibat dalam—
aduan buli di bawah perenggan 29(2)(a), ibu, bapa atau penjaga kepada mangsa hendaklah memenuhi kehendak di bawah subperenggan 29(2)(a)(i) atau 29(2)(a)(ii)
sebelum membuat aduan kepada Tribunal dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan; atau
Antibuli 29
aduan buli di bawah perenggan 29(2)(b) atau 29(2)(c), ibu, bapa atau penjaga kepada mangsa boleh membuat aduan secara terus kepada Tribunal dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Suatu aduan buli yang dirujukkan kepada Tribunal di bawah
Akta ini adalah tertakluk kepada Akta Had Masa 1953 [Akta 254],
Ordinan Had Masa Sabah [Sabah Bab 72] atau Ordinan Had Masa
Sarawak [Sarawak Bab 49], mengikut mana-mana yang berkenaan.