Akta Antibuli 2026 · Updated to 23 Jan 2026 · Bahagian VII · Tribunal bagi Antibuli
46. Mencabar award atas alasan ketidakteraturan yang serius
Feedback & supportMana-mana pihak kepada prosiding Tribunal boleh, apabila notis diberikan kepada pihak yang satu lagi dan kepada Tribunal, memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mencabar suatu award dalam prosiding itu hanya atas alasan ketidakteraturan yang serius yang menjejaskan award itu.
Jika terdapat ketidakteraturan yang serius yang menjejaskan award, Mahkamah Tinggi boleh—
mengembalikan award itu kepada Tribunal, secara keseluruhan atau sebahagian, untuk pertimbangan semula; atau
mengetepikan award itu secara keseluruhan atau sebahagian.
Antibuli 37
Bagi maksud seksyen ini, “ketidakteraturan yang serius”
ertinya suatu ketidakteraturan mengenai satu atau lebih jenis yang berikut yang Mahkamah Tinggi berpendapat telah menyebabkan ketidakadilan yang substansial kepada pemohon:
kegagalan Tribunal untuk menangani semua isu yang berkaitan yang dikemukakan kepadanya; atau
ketidaktentuan atau ketaksaan mengenai kesan award itu.