Akta Antibuli 2026 · Updated to 23 Jan 2026 · Bahagian VII · Tribunal bagi Antibuli
33. Pendengaran melalui cara elektronik
Feedback & support(1)
Tribunal boleh menjalankan pendengaran secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui cara elekronik jika
Tribunal fikirkan wajar untuk berbuat demikian.
(2)
Jika suatu pendengaran dijalankan melalui cara elektronik,
Tribunal hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan—
(a)
privasi dan perlindungan mana-mana kanak-kanak yang terlibat;
(b)
kerahsiaan maklumat; dan
(c)
pihak-pihak mempunyai peluang yang munasabah untuk didengar.