Akta Antibuli 2026 · Updated to 23 Jan 2026 · Bahagian VII · Tribunal bagi Antibuli
44. Penalti jenayah kerana tidak mematuhi award
Feedback & supportMana-mana orang yang tidak mematuhi suatu award yang dibuat oleh Tribunal di bawah seksyen 42 dalam masa tiga puluh hari dari tarikh award itu dibuat, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan dengan mana-mana yang berikut:
dalam hal apa-apa pampasan atau ganti rugi diperintahkan oleh Tribunal, suatu denda yang dua kali ganda amaun keseluruhan pampasan atau ganti rugi itu, atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya; atau
Undang-Undang Malaysia 36
dalam hal tiada pampasan atau ganti rugi diperintahkan oleh
Tribunal, suatu denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.
Dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, orang itu boleh, sebagai tambahan kepada penalti yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), dikenakan denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.